eKelas Bagi Penggal Pertama 2019 Bermula
16 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Februari telah bermulanya eKelas Maxis bagi penggal pertama 2019. Seramai lebih 40 orang pelajar telah menyertai kelas tambahan secara percuma. Para pelajar adalah terdiri daripada komuniti PPR Kg Muhibbah. Pada kali ini Maxis telah membuat penambahan pelajar yang terdiri dari pelajar Darjah 6 sehingga Tingkatan 5 bagi seluruh Malaysia. Para pelajar dikendaki untuk mengikuti keseluruhan kelas yang disediakan dan menyiapkan tugasan yang diberikan untuk dimuatnaik ke dalam Portal eKelas.
Pada minggu awal penggal pertama telah dimulakan dengan aktiviti eksperimen dan latihan dalam kumpulan. Aktiviti seperti ini dibuat bagi menarik minat para pelajar untuk lebih seronok di dalam pembelajaran disamping meningkatkan tahap pembelajaran mereka. Kelas tambahan secara percuma ini dibuat bagi membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk meningkatkan tahap penguasaan mereka di dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: